Taman Nostalgik


Rindu

Rindu itu adalah anugerah dari Allah (Rindu – Hijjaz) | Kredit: demonflame.deviantart.com

Manusia dan perasaan rindu. Manusia boleh berasa gembira, boleh juga berasa sedih. Tapi mengapa perlu rasa rindu? Perkara lepas yang menyeksakan, itulah rindu. Soalnya mengapa?

“Mal, mak pi Masjid Wilayah”, beritahu ibu melalui telefon.

Pi berbuka disana? Baguslah. Seronok mak..”

Aku memang kerap berbuka di Masjid Wilayah dahulu, 2010 dahulu.. Memang melankolik, berseorangan tanpa keluarga hampir setiap hari.

Selepas memberi semangat kepada ibu, aku pula rasa tercabar. Jadi datanglah idea yang bukan-bukan.

“Kalau mak pi Masjid Wilayah, Akmal pi Masjid Negeri!”

Ingat kawan-kawan, seorang anak tidak akan menang jika bertanding kasih sayang dengan ibu bapa. Jadi, bertandinglah dalam bab lain, hahaha tak kelakar.

Kemudian aku bertolak ke Masjid Shah Alam. Aku agak lewat, sudah ramai keluarga yang sudah duduk ‘berhalaqah’ dihadapan makanan. Aku jadi bimbang. Mana makanan? Masjid Negeri ni sediakan makanan tak?Dalam hati aku waktu itu sangat berharap, Allah kurniakan aku biarpun seciput kurma, asalkan ibadah puasa aku sempurna.

Akhirnya jumpa juga tempat makanan diedarkan. Dipendekkan cerita, aku terpaksa cari makanan lain sebab makanan yang disediakan mungkin tidak akan sampai kepada aku. Aku lawat gerai-gerai kecil disekitar masjid.

Sebenarnya, masjid Shah Alam juga bawa nostalgia kepada aku. Meriahnya Masjid Sultan Salahuddin itu, persis keadaan Masjid Negara suatu ketika dulu. Susah aku mahu gambarkan, tetapi cerita kali ini memang serba nostalgik. Semua perkara nak di-nostalgik-kan.

Tiba di satu gerai, aku ditegur seorang lelaki.

“Dulu UiTM Segamat ye?”

Lambat juga aku faham soalan itu, maklumlah, aku lapar.

Baru aku tahu, lelaki tadi itu seniorku dahulu. Tapi aku langsung tidak mengecam dia.

“Maaflah, tak familiar..”, aku beralasan, setelah kami bersoal jawab.

“Biasalah. Sibuk. Orang P.I memang macam tu”, kata dia.

Orang P.I.? Orang PI?

orang PI

Orang PI, harga diriku cuma 3.14159

“PRS ke? Dulu di Segamat PRS jugak kan?”, tanya beliau lagi. Jari beliau diarahkan pada logo pada jaket hitam aku.

Tajam betul matanya, habis terbongkar semua rahsia aku.

Ish, aku tak boleh diingatkan tentang UiTM Segamat. Lagi-lagi dibulan Ramadhan. Disana kerinduan aku. Mengapa kau ingatkan aku tentang mereka?

Ramadhan di UiTM Segamat

Melankolik, nostalgik, sentimental.

Itulah dunia, penuh keterbatasan dimana-mana. Masa kita terbatas, bertemu cuma sebentar. Nikmat cuma seketika. Kita akan sentiasa terkenang masa yang berlalu.

Ubatnya?

Mati, dibangkitkan, ditemukan disyurga Allah subhanahu wata’ala. Keabadian.

Rindu keluarga, rindukan sahabat, rindukan kekasih. Semoga hilang segala kerinduan kita disana.

Insyaallah.

2 thoughts on “Taman Nostalgik

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)