Masjid dan Dakwah Remaja-Belia di Singapura


pemuda masjid

kredit foto: badkotpq-grogol.blogspot.com

Pada hari selasa yang lalu saya telah ke Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya bagi mendengar perkongsian yang disampaikan oleh wakil dari Singapura mengenai dakwah kepada belia dan remaja. Penyampai ialah Ustaz Mohd Kauthar, Pegawai Eksekutif Jabatan Pendidikan Masjid Alkaf Singapura.

Catatan ini ditulis atas tujuan asal untuk dikongsikan oleh rakan-rakan penggerak dakwah remaja di Shah Alam Mereka mewakilkan saya untuk hadir mendengar perkongsian. Namun saya kongsikan jua catatan disini agar menjadi manfaat bersama.

Tulisan ini mungkin mengandungi kesalahan fakta. Mohon ditegur.

Continue reading

Masjid Mesra Muda (3M) – Bahagian II


muda-mudi masjid as-syakirin

Muda-mudi Masjid as-Syakirin dalam kenangan

Seperti yang aku ulang-ulang di dalam tulisan yang lalu, yang datang ke surau atau masjid pada bulan Ramadhan memang berbondong-bondong. Kalian pun tahu. Yang ramai-ramai itu, mereka hadir bukan kerana dipaksa bapa mertua, bukan juga kerana bonus yang dijanjikan majikan dipejabat. Ramadhan yang memanggil mereka.

Allah yang menjemput mereka. Allah jua yang menghantar mereka.

Tetapi dalam kes-kes yang tidak berapa terpencil, ramai mendakwa disindir rakan-rakan dimasjid. Mereka baru sahaja melangkah sebelah kaki, masih banyak kekuatan yang perlu dibina untuk mengangkat kaki yang satu lagi. Itupun sudah dengar macam-macam yang tidak enak.

Continue reading

Masjid Mesra Muda (3M) – Bahagian I


Sejak aku bersekolah asrama dahulu, taman perumahan aku sudah jadi tempat yang asing bagi aku. Aku sudah tidak lagi memegang microphone surau, malah kawan-kawan juga sudah tidak ingat aku. Tidak ingat atau segan untuk tegur, aku pun tak tahu.

Bila 1 Ramadhan, pasti ramai penduduk taman yang ke surau untuk solat Tarawih. Itulah mungkin kesempatan untuk aku jumpa kawan-kawan dan menegur, “Hai, aku Akmal. Dulu kita berkawan”.

Itulah gambaran aku sebelum sampai ke surau. Kebiasaannya, memang ramai orang pergi surau  atau masjid bila Ramadhan tiba.

Continue reading

Di Hadapan Sepinggan Nasi Ini Aku Bersaksi


Sudah lama aku ingin menulis karangan tentang ‘Masjid Mesra Muda‘, malah sejak Ramadhan pertama lagi. Ia berkaitan ILUSI golongan veteran tentang kelaziman orang muda ke masjid. Ia berkait dengan REALITI orang muda yang tidak menyimpan impian yang sama. Ia kritikan aku kepada mereka yang kurang peduli. Ia juga perkongsian aku kepada mereka yang mahu memahami.

Aku tangguhkan dulu niat itu demi mencari bahasa yang paling santun, aku bukan mahu menyinggung sesiapa.

Habis satu perenggan yang panjang dan satu lagi perenggan yang pendek.

Continue reading