Funfact: 9 Fakta Ramadhan – AkmalFadhil.com


Senyap orang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadah, doanya mustajab dan balasan amalannya dilipatgandakan

Bulan Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bulan ibadah ini akan lebih bermakna jika kita persiapkan dengan ilmu mengenainya.

Source: 9 Fakta Riang Mengenai Ramadhan – AkmalFadhil.com

Advertisements

Kongsi Raya


muslimah bertudung

Yang bertudung tetap lebih comel, walaupun comel itu ‘kulit’. Eh? Abaikan…

Beberapa hari lepas, pulang dari pejabat, aku singgah ke surau berdekatan bazar Jalan Kucing. Mencari sesuatu untuk kakak.

Kalau tahun-tahun lepas, jawatankuasa surau itu mengagihkan bubur pada waktu Asar. Mungkin bukan tahun ini, kerana aku tidak nampak atau hidu apa-apa yang boleh dikaitkan dengan bubur ketika masuk ke surau tadi. Err.. maksud aku, ‘tadi’ beberapa hari yang lalu, memandangkan ini adalah tulisan tertangguh.

Selepas berdoa, aku duduk seketika melihat keadaan surau. Cuma ada orang tua, dan tiba-tiba datang seorang budak perempuan membunuh sangkaan aku yang pertama tadi. Budak comel, atau dalam bahasa SMS ku, ‘chummel2‘. Umurnya mungkin sekitar 5-6 tahun. Tudungnya labuh, mungkin tudung kakaknya atau ibunya. Labuh serta corak garis yang matang.

Continue reading

Cuti-Cuti Mentoring Quran


waktu aku comel dahulu

kredit: blackjack0919.deviantart.com

Waktu aku kecil-kecil dahulu, ketika masih dalam kategori chumel-chumel gitu, ayah memang rajin ajarkan aku mengenal agama. dari solat hinggalah menghafal doa dan muqaddam (tak sampai al-Quran lagi). Mungkin sebab awal begitu, bila aku eja alif-lam-lam-ha dan mim-ha-mim-dal, kawan-kawan dah kagum begini.

Continue reading