Funfact: 9 Fakta Ramadhan – AkmalFadhil.com


Senyap orang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadah, doanya mustajab dan balasan amalannya dilipatgandakan

Bulan Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bulan ibadah ini akan lebih bermakna jika kita persiapkan dengan ilmu mengenainya.

Source: 9 Fakta Riang Mengenai Ramadhan – AkmalFadhil.com

Advertisements

Quran.com Dimana-mana


Muka depan Quran.com

Muka depan Quran.com

Dahulu pernah sekali saya membaca artikel-artikel di SuhaibWebb.com (dibawah kelolaan Imam Suhaib, Reflection TVALHIJRAH), saya terperasan petikan ayat al-Quran yang digunakan sungguh kemas (Rasm Uthmani). Disitu juga ada pautan ke laman Quran.com.

“Hei, Quran.com ni lebih menarik dari yang lain!”

Continue reading

Jangan Menyembah Ramadhan


maharaja serius - malam kebesaran

Tajuk sebenar ialah Jangan Menyembah Lailatul Qadr

Ana pilih Fadhil sebagai ketua…”, kata abang Muaz, yang lain turut menyokong sambil gelak-gelak.

Geram betul aku, bukan ke aku yang paling muda disitu. Yang sebaya dengan aku ialah pelajar universiti Madinah yang pulang bercuti. Bukan ke dia lebih layak?

Selain tu, ada juga yang dari barisan penganjur, yang jadi tempat rujuk masyarakat, yang diimport dari Universiti Teknologi Petronas, mereka serba boleh.

Oh ya ada seorang lagi pelajar UiTM yang bertubuh kekar. Hah, itu aku!

Continue reading

17 Ramadhan (FYI, ini adalah tajuk artikel)


Syaamil al-Quran.

ini Syaamil al-Quran.

Pulang dari solat tarawih, aku menyeludup keluar Al-Quran Syamil dari bilik mak aku. Jumpa dalam beg mengaji dia, entah kenapa mak aku sorok dalam beg tu.

Tahu al-Quran Syamil? Al-Quran Syamil cuma nama panggilan. Nama sebenarnya ialah Syaamil al-Quran, al-Quran beserta rujukan yang sangat power. Sesiapa yang ingin belajar dan memahami al-Quran adalah sangat digalakkan memilikinya. Di dalamnya ada terjemahan  ayat, terjemahan perkataan, dan panduan tajwid bewarna. Itu biasa-biasa sahaja.

Continue reading