Cuma Buih


buih - Maharaja Serius

Maaf ini bukan buih dilautan | Bubble by ~Rah-Xephon

Korang jangan jadi macam aku. Jangan minum arak”, aku terdiam, cuba menafsirkan dua baris ayat Jamal (bukan nama sebenar) itu.

“Korang faham kan maksud aku, jangan jadi macam aku. Jangan minum arak, jangan ambil pil…”

Allahuakbar, turun motivasi aku mendengar kata-kata Jamal itu. Allah jua yang tahu mengapa aku dipertemukan dengannya.

Continue reading

Tips Hilangkan Mengantuk


Tidur - Mahraja Serius

Tidur itu bahagia | Kredit: http://shortpinay.deviantart.com/

Minggu lepas, aku bertemu dengan seorang kawan lama. Dia yang mula-mula menyapa ketika aku sedang fokus pada pembentangan seminar.

“eh, woi Hujah..!!”, terkejut aku bila dia cuit dari belakang. Apa kes dia datang seminar pada hari kedua? Semalam aku tidak nampak pula batang hidungnya. Mungkin dia Lord Voldemort, yang tiada batang hidung tu.

Ya, aku dan kawan-kawan di sekolah dahulu panggil dia Hujjah. Nama beliau Hujjatul Islam. Namun, siapa sahaja yang belajar bahasa Arab akan faham bahawa panggilan ‘Hujjatul’ tidak akan membawa sebarang makna. Jadi kami panggil beliau Hujjah.

Continue reading

Mengapa Belajar Bahasa Arab [Part 2]


belajar bahasa arab

credit: Teach by roelworks

“Anta taknak belajar di luar ?”, tanya Farhan.

“Ana teringin akhi… tapi ana dah tanya akhi Shahrul (bukan nama sebenar) sebelum anta pergi dulu. Dia kata ana kena ada asas Arab dahulu”, aku beralasan.

Aku tahu, Farhan sangat menanti panggilan universiti Jordan. Dia juga mengagumi budaya ilmu di negara-negara Asia Barat.

“Anta kan dah ada asas Arab?” tanya dia lagi.

“Masih belum cukup akhi. Ana dah tanya akhi Shahrul…”. Brader Shahrul lebih tahu ‘bekal’ yang perlu ada sebelum terbang ke Negara Asia Barat itu.

Continue reading

Mengapa Belajar Bahasa Arab


Arab bahasa Al-Quran Al-Karim

translate: "Arab ialah bahasa Al-Quran yang mulia"

“Apa kau kata, kalau aku janjikan kau join aku dalam dua minggu ni, dan aku jamin kau akan kuasai JAVA?” – Penulis, kepada Encik R

Pernah kalian rasa bahawa sesuatu itu sangat berharga, sehingga sedia dilaburkan wang dan masa?

Aku harap teaser ini berjaya mencetuskan suspen, kerana demikian baru aku mampu selesa menulis.

Pernah suatu masa dimana keinginan aku terhadap bahasa Arab memecut tinggi seperti roket. Padahal aku bukan tidak pernah belajar bahasa Arab. Padahal hari ini aku masih lagi cintakan bahasa itu, namun semagat tak setinggi dulu.

Continue reading