Kembara Sumut – Hari Kelima


Korps Mahasiswa Pencinta Alam,  USU

Korps Mahasiswa Pencinta Alam, USU, suasana yang memang kena dengan namanya

Open table!!!!”, jerit rakan saya.

Dalam ruang bas yang cukup sempit itu, mereka mempersiapkan tempat untuk bermain daun terup. Itu antara acara yang memeriahkan tempat duduk belakang, selain bertakbir raya dan bertanding teka-teki.

Dalam 4 hari kembara kami di Sumatera Utara, banyak juga masa yang dihabiskan didalam bas. Perjalanan mengambil masa yang lama, maka bervariasi aktiviti yang berlaku didalam bas dalam tempoh masa itu. Ada yang tekun memerhati ke luar tingkap bas, ada yang membaca buku, yang tidur agar tidak mabuk kenderaan, yang memperbaiki hafalan al-Quran, yang bermain Fruit Ninja, yang mengusik kawan kerana tidak tahan dengan kesunyian dan macam-macam lagi.

Continue reading

Kembara Sumut – Hari Keempat


bukit gundaling, berastagi

Berastagi, pemandangan dari Bukit Gundaling.

“Di sini nggak kelihatan fotonya PKS?”, tanya saya pada Ahmad.

“Partai Keadilan Sejahtera?”

“Iya, Parti Keadilan Sejahtera… PKS itu, berperanan atau gimana disini?”, saya ternanti-nanti jawapan Ahmad.

“Bagus… PKS partai yang tidak keterlaluan… Tidak fanatik.”, pendek sahaja jawapannya.

Continue reading

Kembara Sumut – Hari Ketiga

danau toba

danau toba

Pemandangan Tasik Toba dari hotel

Hari kedua di Sumatera Utara, kami telah tiba di Desa Matondang. Malah kami tiba awal jam 2.30 pagi. Pengalaman disana telah saya catitkan dalam tulisan lain: Kaya Jiwa

Setelah mendapat layanan mesra dari penduduk Matondang, kami berangkat ke Danau Toba. Satu lagi perjalanan yang lama, kami tiba lewat (atau awal) pagi. Sebab itu, saya menulis tajuk sebagai hari ke 3.

Continue reading

Kembara Sumut – Hari Pertama


kebun adolina

Kembara Sumatera Utara bahagian I

Pagi tadi saya menonton rancangan Pesan Atok TV9. Mendengar adik Darwish Adrian memperdengarkan surah al-Mulk sehingga ayat ke 19, teringat saya ketika berlepas dari LCCT menuju ke Medan, Indonesia.

Pagi lebih kurang jam 7 pagi, kami sudah siap-siap di LCCT. Kebetulan saya dapat tempat di sebelah tingkap pesawat. Hebat! Bolehlah saya nikmati pemandangan dari awan tinggi.

Continue reading