About

Assalamualaikum.

Tak banyak yang harus saya tulis disini. Nama Akmal, cukuplah saya ini dikenali dengan nama Akmal.

Nama Maharaja Serius ini diinspirasikan dari seorang murobbi. Tidak ada apa-apa signifikannya kepada saya (hingga kadang-kadang rasa perlu domain baru).

Dahulu tidak reti menulis. Cuba berjinak-jinak untuk menulis berkaitan dengan sejarah, tapi… Sejarah, subjek yang serius, saya pula bukan orang yang serius. Tidak banyak membaca pula.

Jadi saya isikan ruang ini untuk menulis pengalaman hidup, moga bermanfaat untuk dikongsikan.

Assalamualaikum, salam sejahtera. Ini post pertama dalam ruang Maharaja Serius ini. Post terawal, lebih awal dari topik diatas (jika ada). Jadi aku rasa lebih sesuai aku perkenalkan Maharaja Serius sekarang.

Maharaja Serius, aku dapat ilham nama ni dari seorang ikhwah. Terima kasih akhi Saufy. Pada awalnya akhi Saufy membina blog atas domain maharajaserius.blogspot.com. Kemudian , “Blog has been removed”. Kemudian aku mohon kebenaran dia untuk gunakan nama Maharaja Serius utk WP ini. WP itu WordPress huhu..

Mengapa maharajaserius.wordpress.com?

Mengapa Maharaja Serius?

Aku bukan Serious Sam. Seronok juga main game Serious Sam, Second Encounter. Aku ini orang biasa-biasa, bukan Ming-Ming si itik Wonder Pet.

Mungkin, ini adalah perkara yang aku mampu buat dengan serius. Menulis. Kerana menulis, tidak boleh tulisan itu menyinggung perasaan pembaca. Dan aku tiada bakat menulis =) Harus serius!

Ah, aku tertaip smiley tadi. Susah juga hendak serius.

Balik kepada persoalan asal. Aku juga termotivasi oleh tulisan ustaz Hasrizal (saifulislam.com), “Jangan biarkan seharian berlari tanpa amal”. Betulkah dia tulis begitu, aku ingat-ingat lupa.

Aku harap, ini bukan teks terakhir yang aku tulis di sini.

Akan menulis lagi.

Harus menulis lagi.

-Maharaja Serius-

Advertisements

2 thoughts on “About

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s