Kaya Jiwa


*Tulisan ini telah disiarkan di blog PRS FSKM pada 31 Oktober 2012.
matondang indonesia

Pulang dari solat sunat Aidil Adha

“Indonesia nggak enak ya?”, tanya makcik Siti (bukan nama sebenar).

Nada suaranya rendah seakan berbisik. Mungkin dia mahukan kepastian.

Saya diam sahaja. Bagaimana saya mahu menjawab, maksud perkataan ‘enak’ itu pun saya belum pasti.

Kami rombongan Delegasi Muhibah berkampung di Desa Matondang dan disambut mesra oleh penduduk kampung. Mereka sangat meraikan tetamu sehingga seperti tiada ruang untuk kami ikut ‘rewang’ bersama. Mereka mungkin miskin harta, tetapi tidak miskin jiwa.

Continue reading