3 Fakta Alergi Yang Perlu Anda Tahu


Alergi adalah suatu reaksi yang berlebihan dari sistem pertahanan alami tubuh yang membantu melawan jangkitan.

Fakta #1: Tiada Penyembuh untuk Alergi

Alergi mungkin boleh dikawal dengan ubat-ubatan, tetapi ia tidak berkesan secara jangka panjang.

Apabila bekalan ubat-ubatan terputus, gejala alergi berkemungkinan akan muncul semula.

Fakta #2: Alergi, Masalah Kesihatan yang Menjejaskan Kehidupan

Sesetengah alergi pada luarannya kelihatan biasa-biasa dan tidak serius. Namun, sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan si kecil yang serba boleh dan lincah menjadi pemalu dan gemar menyendiri.

Adakalanya, rasa malu menjadi titik permulaan kepada kemurungan, rendah keyakinan diri, dan tidak gemar bergaul.

Fakta #3: Alergi Boleh Membawa Maut

Penting untuk diketahui semua bahawa alergi boleh membawa maut bergantung pada di mana letaknya gejala itu pada spektrum alergi.

Gejala alergi pada spektrum kurang serius adalah seperti mata gatal dan berair, bersin, lelah, kegatalan, dan radang pada kulit dan ekzema.

Pada spektrum serius (anafilaksis), gejalanya seperti bengkak pada tekak dan mulut, sukar untuk menelan dan bercakap, sukar untuk bernafas akibat lelah ataupun bengkak pada tekak, bengkak kemerah-merahan di seluruh badan, rasa panas pada kulit seluruh badan, dan lemah secara tiba-tiba (tekanan darah semakin rendah).

Apa yang Boleh Kita Lakukan?

Risiko alergi boleh dikurangkan atau dicegah sekiranya kita dapat mengenalpasti alergi ketika awal usia si kecil.

Buku Resepi Alergi

Buku Resepi Alergi ini adalah buku pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai resipi menarik khas untuk penghidap alergi menikmati hidangan sedap dan enak, yang tidak dapat dinikmati kerana alergi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Buku Resepi Alergi, klik : Resepi Alergi: Tanpa Telur dan Bahan Tenusu

Advertisements

One thought on “3 Fakta Alergi Yang Perlu Anda Tahu

  1. Pingback: Resepi Alergi: Tanpa Telur dan Bahan Tenusu - Kedai Buku Online

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s