Bersosial di Media Sosial


Foto pertama saya didalam Instagram. Kredit: saya

Foto pertama saya didalam Instagram. Kredit: saya

“Orang muda sekarang ni mana ada guna Facebook lagi…Dorang tweet je…. Tweet, Instagram. Betul tak Mal?”, tanya Bos.

“Err… Betul orang muda guna Twitter dan Instagram. Tapi orang sebaya saya guna Facebook lagi”, jawab saya.

“Haa tu la… Orang muda sekarang dah tak guna dah Facebook. Orang tua nak mampos macam korang je guna Facebook lagi..”

Baru-baru ini saya tertarik untuk meneroka dunia media sosial, khususnya Twitter dan Instagram. Perkongsian Ustaz Kauthar tempohari benar menarik perhatian saya. Masa terluang saya diisi dengan mengkaji kedua-dua media sosial ini.

Kebetulan, beberapa hari selepas pertemuan dengan Ustaz Kauthar, pengurus ditempat kerja saya bertanya pendapat mengenai media sosial. Waktu itu semakin yakin saya bahawa Twitter dan Instagram ialah gelombang baru sekarang.

Saya teruskan kajian, cuba memahami apa yang ditawarkan oleh Twitter dan Instagram. Saya bukan berminat kepada kedua-duanya, malah saya fikir bersosial menggunakan Instagram adalah tidak masuk akal.

Hashtag bahasa gila perhatian. Twitter membuang masa. Saya masih tidak faham mengapa perlu mencari ruang dakwah di dua media sosial ini.

Selain bacaan dari socialmediatoday.com, saya juga melawat laman sosial beberapa badan dakwah seperti IkramTeens, Malaysia Reverted Muslim dan Majalah Jom!. Disitu, saya temui sesuatu untuk dipelajari.

Erti ‘Bersosial’

Beberapa Facebook Page yang berjaya menggunakan Facebook sebagai wadah komunikasi seperti MRM dan Majalah JOM!, mereka memahami kegunaan laman sosial yang sebenar.

Mereka bersosial bersama pengunjung dan pengguna Facebook. Mereka bukan sekadar berkongsi maklumat, malah mendengar dan berinteraksi bersama follower. Laman Facebook menjadi meriah dengan respon follower kerana penyelenggara halaman sentiasa ‘memanggil’ follower untuk sentiasa bersama mereka.

Kebanyakan penyelenggara Page termasuk saya melakukan kesilapan yang sama iaitu kami tidak bersosial. Kami berkongsi maklumat kerana kami menyangka itulah bersosial, tetapi gagal mengalu-alukan follower dengan adab manusiawi.

Agaknya, mungkin itu juga sebabnya orang selalu mengadu masalah di Facebook. Mereka tidak tahu apa ertinya bersosial.

Masa Untuk Mencuba

“Akmal, kau ada Twitter?”, tanya bos.

Takde bos”

“Kenapa takde?”, tanya bos lagi.

“Sebab saya dah tua..”

“Instagram? takde Instagram?”

Takde bos, sebab saya dah tua bos…hehe…”

“Jangan study je…Kat sini, kau kena ada semua… Kalau takde, keluar dari syarikat ni”, tegas bos sebelum saya tinggalkan bilik mesyuarat.

Sekarang saya akan berjinak-jinak dengan Instagram. Andai kata ia sesuai sebagai wadah dakwah, saya akan kongsikan dengan rakan-rakan lain.

Advertisements

One thought on “Bersosial di Media Sosial

  1. Pingback: Mengapa Boikot McD? Mengapa Boikot? | Maharaja Serius

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s