Masjid dan Dakwah Remaja-Belia di Singapura


pemuda masjid

kredit foto: badkotpq-grogol.blogspot.com

Pada hari selasa yang lalu saya telah ke Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya bagi mendengar perkongsian yang disampaikan oleh wakil dari Singapura mengenai dakwah kepada belia dan remaja. Penyampai ialah Ustaz Mohd Kauthar, Pegawai Eksekutif Jabatan Pendidikan Masjid Alkaf Singapura.

Catatan ini ditulis atas tujuan asal untuk dikongsikan oleh rakan-rakan penggerak dakwah remaja di Shah Alam Mereka mewakilkan saya untuk hadir mendengar perkongsian. Namun saya kongsikan jua catatan disini agar menjadi manfaat bersama.

Tulisan ini mungkin mengandungi kesalahan fakta. Mohon ditegur.


Masjid-masjid di Singapura bernaung dibawah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Sejajar dengan tujuan sasaran MUIS bagi mengukuhkan agama Islam di Singapura, masjid memainkan peranan penting bukan sahaja pusat kegiatan agama malah kegiatan pembangunan sosial.

Tidak seperti di Malaysia, masjid-masjid di Singapura tidak mendapat dana dari kerajaan. Malah pentadbiran masjid juga diuruskan oleh sukarelawan, dikenali sebagai Mosque Management Board (MMB). Namun staf-staf dibawah MMB dikatakan mempunyai gaji yang mana dana diusahakan oleh MMB sendiri (tanpa bantuan kerajaan).

Usaha memperkasakan belia Muslim di Singapura bermula sejak 1995. MUIS sendiri menjadikan isu memperkasakan golongan muda (sekitar 30 ke 40-an) sebagai agenda bermula 2003. Sekitar tahun 2006, orang muda digalakkan memegang jawatan didalam pentadbiran masjid.

Diceritakan oleh Ustaz Kauthar (mantan Youth Development Officer Masjid Alkaff), aktiviti-aktiviti untuk belia dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama ialah Outreach, aktiviti yang menarik minat remaja dan belia mendekati masjid serta komuniti masjid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sukan (ping pong, Playstation, menonton bolasepak, tinju, silat), dan juga bersifat sosial seperti jualan dan membungkus bubur sempena Ramadhan. Aktiviti juga tidak dihadkan kepada Muslim sahaja.

Kategori Development pula lebih menumpukan pembangunan ilmu serta nilai-nilai Islam. Aktiviti yang dijalankan lebih berbentuk ilmiah.

Yang terakhir ialah Sustainment, dimana tahap ini pemuda-pemuda dilatih menjadi pelapis bagi meneruskan usaha-usaha memperkasakan umat Islam di Singapura.

Menurut Ustaz Kauthar juga, anak muda mudah didekati apabila institusi masjid ‘berbicara’ menggunakan bahasa orang muda. Twitter dan Instagram menjadi penghubung diantara anak muda dengan masjid. Bilik gerakan juga disediakan untuk anak muda tanpa campur tangan pengurusan masjid.

Namun begitu, kejayaan yang dicapai institusi masjid di Singapura hari ini tidak boleh dilihat secara simplistik. Banyak cabaran dan kesusahan yang harus dilalui dalam mendekati anak muda yang pelbagai ragam. Banyak yang harus dikorbankan.

Akhir perkongsian, ustaz Kauthar mengingatkan agar dakwah didahulukan dengan kasih sayang dan belas kasihan, bukan sikap prejudis kepada golongan yang jauh dari agama.

Advertisements

One thought on “Masjid dan Dakwah Remaja-Belia di Singapura

  1. Pingback: Bersosial di Media Sosial | Maharaja Serius

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s