Lamanya Menyepi


Seminggu yang lalu, ibu minta saya bantunya menyiapkan latihan Bahasa Arab. Sebenarnya ibu sudah belajar jauh. Kalau dahulu, fi’il madhi atau fi’il mudhari’ saya masih mampu ajarkan. Kali ini, ibu sudah sampai ke topik i’rab, saya pun tak tahu apa itu i’rab.

Selepas didesak ibu, dan saya ‘anak yang soleh’, saya pun setuju untuk ajarkan ibu apa yang saya belum tahu.’Belum tahu’, bukan ‘tidak tahu’.

Buku rujukan bahasa Arab ibu saya belek, dan mula merangka ayat.

Saya membunuh seorang doktor lelaki

Saya membunuh dua orang doktor lelaki

Saya membunuh tiga orang doktor lelaki

Idea saya langsung ditolak ibu, sebelum saya sempat membunuh doktor perempuan. Pergh, macam pembunuh bersiri.

Setelah beberapa ayat kami siapkan, selain beberapa perkara yang saya debatkan bersama ibu (sebab sama-sama tak tahu), akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan bahasa Arab itu tepat jam 11.38 malam.

Esok, ibu menyambung kelas bahasa Arab dan menyemak jawapan dengan ustaz yang mengajarnya.

Semua salah!

Hasil bantuan saya.

فاقد الشيئ لا يعطيه

Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan boleh memberi apa-apa.

Itu juga sebabnya, lama saya tidak menulis disini.

Advertisements

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s