Lanun: Cerita Majalah Dakwah


Cerita besar industri majalah hari ini, MOY Publication, penerbit Majalah Ujang, hari ini operasinya serta merta. Tak mengejutkan bagi saya. Sebenarnya ada lagi majalah lain seperti Jelita dan Anjung Seri yang terpaksa gulung tikar sejak perlaksanaan GST.

Tapi saya nak menulis tentang Majalah Lanun sebenar.

1997

Sebenarnya, sedih lagi ketika penerbitan Majalah Lanun dihentikan.

Saya ingat lagi dahulu, sebelum kemunculan Lanun, al-Arqam ada menerbitkan Majalah OK!, majalah kartun dakwah dalam humor. Majalah OK! ada Pendekar Mata Hati, sebagaimana Ujang ada Pakcik Din dan Gempak ada Mat Gempak. Majalah OK! bagi saya memang ok sebab dia tak bawa stereotaip majalah dakwah.

Majalah OK!

Saya pun tak tahu kenapa mak belikan Majalah OK. Untuk saya atau untuk emak?

Tapi Lanun jauh berbeza. Majalah Lanun muncul sebagai Ujang dengan nafas dakwah. Sangat kelakar dan kadang2 sangat menginsafkan (maksud saya, sangat menginsafkan!). Lanun sarat dengan tazkirah dan nota kaki (‘moral’). Ketika itu Lanun boleh didapati di dalam pagar Masjid Negara. Sampai hari ni saya tak pernah jumpa majalah humor (hatta majalah dakwah) dijual disekitar Masjid Negara. Setiap kali ke sana saya akan beli. Maksud saya, kakak saya beli.

Majalah Lanun, majalah dakwah

Majalah Lanun, tak sangka hayatnya pendek.

Dua siri yang saya masih ingat, ‘Karim & Abang Salam’, dan ‘Kartini’. Kartini berjaya dianimasikan, tapi tak masuk TV. Kalau masuk, pasti menandingi Usop Sontorian.

Selepas penerbitan Lanun dihentikan, hayat Lanun cuma ada di dinding2 asrama sekolah. Yup, sebab ada mesej dakwah. Sukar dicari, tidak seperti Ujang yang koleksinya boleh dicari di pesta buku.

Habis dah Lanun. Menyambut dakwah ini amat payah.

Nota kaki, bekalan Barang yang Berkadar Sifar GST: Semua jenis bahan bacaan dan surat khabar termasuk buku kerja pelajar, ensaiklopedia, buku cerita, novel, buku resepi, buku rujukan dalam semua bidang, buku berkaitan agama, kitab-kitab agama serta surat khabar (kecuali majalah serta buku yang merupakan bukan bahan bacaan seperti diary, buku tulis, buku log, buku simpan kira seperti jurnal dan lejer)

Selesai membaca? Tinggalkan komen anda =)