Nenek-nenek Si Bongkok Tiga


old folk

Nenekku sudah meninggalkan zaman ‘bersama kawan-kawan’. Entah masih ada kah kawan yang masih hidup, Tuhan sahaja yang tahu | Kredit: bullettothehead.deviantart.com

“Nenek-nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga~”

Itu adalah lirik lagu ‘nenek’. Sepanjang hayat aku, itulah satu-satunya lagu nenek yang aku tahu. Selain dari itu, cuma ada lagu ibu, dan juga isteri.Tak sangka ya, selain bapa, golongan nenek juga dilupakan oleh golongan seni. Mungkin kerana duduk dibawah kategori ibu. Mungkin.

Bongkok tiga, aku pun tidak tahu seteruk mana bongkok tiga itu. Tetapi, dalam hayat aku ini juga tak pernah aku lihat insan yang lebih bongkok dari nenek aku. Usia beliau lebih kurang 100 tahun. Rekod surat beranak tidak semestinya tepat.

Read the rest of this entry

Tukar Topik


what media say

kredit: marilungo.com

Sedang menanti iqamah solat Asar, seorang AJK masjid memberi pengumuman.

“Selepas solat nanti ada jemputan doa selamat di blok 77 (bukan blok sebenar) oleh En. Harun (bukan nama sebenar).”

Oh, En. Harun adakan doa selamat dirumahnya sempena pembukaan perniagaan baru.

“Orang kita ni jemput doa selamat, tapi orangnya (yang menjemput) takde“, bisik seorang dari jemaah masjid kepada aku.

Read the rest of this entry

Idea: Kerana Aku Seorang Sufi


SUFI - suka filem

SUFI = SUka FIlem

Sebenarnya tadi aku sedang fikirkan tentang pembentangan ‘bulatan gembira’ minggu hadapan. Sudah pun siap bahan pembentangan, tiba-tiba, aku teringat idea yang lebih ‘ringan’ dikongsi, dan sudah lama aku ingin tuliskan di blog ini sebenarnya.

Ia berupa idea, tujuannya menyeru golongan muda dan memenuhi maksud ‘imarah, alatnya ialah dakwah dan umpannya adalah FILEM.

Walaupun tak semua orang setuju, tapi sesetengah filem menyampaikan mesej dengan sangat halus, dan itu sangat bagus (kalau mesejnya bagus). Pengalaman aku bersama persatuan masjid, aktivis Palestin, jawatankuasa surau, pemburu janji Ilahi atau apa sahaja yang dilabelkan, mereka menyeru kepada manusia melalui tayangan filem dengan sangat berkesan. Dan aku kagum yang itu. Apa lagi, aku ini seorang SUFI (suka filem).

Read the rest of this entry

Belajar Aqidah Dalam Makmal


ujian makmal

kredit: ackbad.deviantart.com

“Anak-anak, tuan-tuan jangan bagi minum air berkarbonat”, bergema pembesar suara masjid.

“Anak-anak, kalau banyak minum air berkarbonat, makin lembab otaknya. Tuan-tuan tahu apa dalam air berkarbonat tu?”, ustaz itu mula bertanya.

“Nama pun berkarbonat tuan-tuan. Maksudnya, banyak karbon dioksida. Bila karbon dioksida banyak ke otak, otak jadi lembab, tak dapat nak fikir..!”, wah, kuliah maghrib dengan fakta sains.

Suatu peningkatan.

(…aku rasa, ustaz itu memaksudkan ‘air bikarbonat’)

Read the rest of this entry